aplikasi mencari tambang penerbangan termurah ke seluruh dunia






Musim cuti sekolah bakal kunjung tiba tidak lama lagi. Kini masanya untuk anda menghabiskan baki cuti bekerja sambil membawa anak-anak ataupun saudara mara serta sahabat handai bercuti. Bagi anda yang ingin terbang baik didalam dan luar negara, terdapat cara untuk menyenaraikan kesemua tambang penerbangan dengan mudah melalui Skyscanner.

Jika selalunya anda mencari informasi berkenaan tambang kapal terbang di halaman rasmi syarikat penerbangan, Skyscanner berfungsi untuk memudahkan proses pencarian ini. Hanya dengan memasukkan pilihan terminal berlepas dan destinasi, kesemua tambang dari syarikat penerbangan akan dipaparkan.

Skyscanner juga menyenaraikan tambang yang ditawarkan oleh perkhidmatan lain seperti contoh Expedia, TravelBE, dan juga PYO Travel. Pengguna juga boleh memilih waktu berlepas, tempoh keseluruhan penerbangan dan sebagainya.

Penerbangan antara negeri juga turut disertakan menerusi perkhidmatan ini.
Dalam perkongsian dengan media tempatan, Skyscanner turut menyatakan rakyat tempatan merupakan antara pengguna terawal yang merancang perjalanan mereka. Berbanding dengan negara lain, pengguna Malaysia yang menggunakan Skyscanner kebiasannya merancang 79 hari lebih awal sebelum hari mereka bertolak.

Mungkin perkara ini ada kaitan dengan lambakan cuti umum untuk pekerja dan juga budaya membeli tiket kapal terbang lebih murah jika pengguna membeli tiket lebih awal sebelum berlepas.

Baru-baru ini Skyscanner telah mengemaskini aplikasi mudah-alih mereka membawakan paparan antaramuka yang lebih kemas dan baik. Malah terdapat beberapa fungsi membolehkan anda mengikuti kemaskini harga oleh syarikat penerbangan antaranya Price Alerts. Selain dari tambang penerbangan, mereka juga turut mempunyai perkhidmatan pencarian hotel dan juga kereta sewa.



Muat-turun: Aplikasi SkyScanner (iOS)


Muat-turun: Aplikasi SkyScanner (Android)

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI