berkhadam kepada jin



Selalu dipersoalkan orang apakah hukumnya jika seseorang itu menggunakan jin sebagai khadam. Jawapannya, manusia memang boleh menggunakan jin sebagai khadam, bahkan ini banyak berlaku, baik di negara kita Malaysia maupun di negara-negara Afrika dan sebagainya.

Mereka menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti merosakkan orang, menyakiti mereka dan sebagainya.
Sebenarnya, mengapakah jin itu boleh menuruti dan mematuihi arahan dan perintah manusia?

Ini berlaku kerana manusia menggunakan azimat, pujaan, dan jampi serapah yang boleh membawa kepada syirik dan kufur, sehingga jin kafir sedia berkhidmat semata-mata supaya manusia yang kufur bertambah kufur dan yang beriman akan menjadi kafir.

Ibn Taimiyah di dalam kitabnya “Majmuul fatawa” mengatakan:

“Mana-mana orang yang boleh mengarahkan jin mematuhi perintah Allah dan Rasulnya, beribadat kepada Allah , dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah sesuatu kemulian yang dikurniakan Allah kepada wali-walinya dan juga untuk para khalifah Rasul dan penggantinya”.

Sekiranya jin itu digunakan untuk tujuan yang harus samalah dengan menyuruh manusia kepada perkara yang harus.Samalah juga kalau kita arahkan mereka kepada perkara yang wajib.

Keadaan ini samalah seperti seorang raja yang memerintahkan rakyat melakukan perkara-perkara yang mesti dan yang harus. Sebagaimana juga para nabi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan kepada mereka, seperti Nabi Allah Sulaiman, Nabi Yusuf, Ibrahim, Musa, Isa, dan Nabi Muhammad SAW.

Tetapi kalau mereka disuruh untuk melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya, sama ada berbentuk syirik, membunuh orang yang tidak berdosa, menyiksa orang, sehingga merosakkan otaknya sampai mereka lupa, amalan ini adalah berdosa di sisi Allah SWT.

Samalah juga kalau menolong seseorang supaya kufur maka ia menjadi kafir dan kalau seseorang menolong menganjurkan maksiat maka ia juga dikira melakukan maksiat.

Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie.

Kesimpulannya:

Kalau boleh diperintah jin supaya ia mentaati Allah, mengerjakan ibadat dan sebagainya maka iaitu merupakan kurniaan Allah kepada seseorang.

Menggunakan jin dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh Allah seperti menyuruh mereka bekerja dalam pembinaan dan sebagainya. Nabi Sulaiman selalu memerintahkan jin melakukan bermacam-macam urusan dan kerja, termasuk menyelam dalam laut dan mengangkat batu.

Ini adalah suatu anugerah Allah kepada baginda dan juga kepada Nabi-nabi yang lain dan begitu juga wali-wali Allah.

Menggunakan jin untuk tujuan kejahatan seperti menyiksa dan membunuh manusia, menyebabkan manusia itu lupa diri, dan apa juga yang boleh menyusahkan orang maka hukumnya berdosa, maksiat, dan berdosa besar.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI