kanak kanak terselamat dari kebuluran hisap susu anjing



KANAK-KANAK ini dilihat menghisap susu anjing hamil dengan gelojoh kerana kelaparan

Santiago: Seorang kanak-kanak terbiar terselamat daripada mati kebulur selepas dia menghisap susu seekor anjing hamil.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu yang namanya tidak didedahkan dilihat menghisap susu anjing jirannya, Reina selepas ibunya yang mabuk meninggalkan dia tanpa makanan atau minuman di bandar Arica, 2,000 kilometer dari ibu negara Chile ini.

Polis yang dipanggil ke tempat kejadian membawa kanak-kanak berkenaan ke hospital.

Selain didapati kekurangan zat, kanak-kanak itu juga disahkan menghadapi masalah jangkitan kulit dan berkutu.

Pegawai percaya budak itu yang dilihat menghisap susu anjing di sebuah bengkel mekanik di bandar berkenaan Khamis lalu terselamat daripada mati kebulur oleh susu anjing itu

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI