Alcatel Flash 2 dilancarkan di Malaysia

Alcatel hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Alcatel Flash 2 untuk pasaran Malaysia. Alcatel mengatakan mereka memfokuskan kepada penawaran kamera melalui Alcatel Flash 2, dan ia akan dijual di Malaysia pada harga RM549.

Alcatel mengatakan kini mobigraphy telah menjadi salah satu perkara yang dilakukan secara meluas oleh semua pengguna – dan mereka ingin menawarkan pengalaman dan sokongan yang baik untuk pengguna merakamkan detik-detik peribadi mereka.

Alcatel Flash 2 hadir dengan kamera belakang 13-megapixel f/2.0 dan dilengkapi RealTone Dual Flash. Ini membolehkan pengguna kekal merakamkan gambar dengan baik pada keadaan cahaya malap atau gelap.Seperti beberapa kamera lain, ia turut hadir dengan track-mode, rakaman time-lapse, HDR, dan sokongan Live Photo Mode. Alcatel Flash 2 menggunakan sensor daripada Samsung untuk kamera belakang ini, iaitu Samsung S5K3M2 ISOCELL.

Untuk kamera hadapan, atau turut dipanggil sebagai Profie Cam oleh Alcatel, ia dilengkapi kamera 5-megapixel dan aperture f/2.2.

Dari segi spesifikasi lain, Alcatel Flash 2 membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (1280×720 pixel), cip pemprosesan MediaTek MTK6753 1.3Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Pengguna turut boleh memperluaskan ruangan storan melalui penggunaan mikro-SD

Alcatel Flash 2 menggunakan bateri 3000mAh, dan dilengkapi sokongan 4G LTE. Ia menggunakan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka asal Android tanpa penambahan.











maklumat lanjut di sini..

boleh di perolehi  di sini..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI