ambik sikit duit derma RM2.6b Najib tampung kenaikan tol kan bagusss....kalau najib prihatin nasib rakyat...!!!

Majoriti rakyat  mahu kerajaan pusat ‘mengambil’sedikit wang derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menampung bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan kadar tol sebanyak 200 peratus di 18 lebuhraya hari ini.

RM2.6 bilion boleh bayar tol. Kalau kenaikan hari ini kerajaan kena bayar RM510 juta.

RM2.6 bilion itu cukup untuk bayar kepada kepada konsesi lebuhraya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini dilaporkan sebagai berkata kerajaan perlu membayar RM510 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya sekiranya tidak menaikkan kadar tol.

Lebuh raya yang terbabit dengan kenaikan tol itu adalah laluan pengguna setiap hari untuk pergi dan pulang dari bekerja dan kenaikan tersebut sememangnya menyukarkan kehidupan rakyat.

Kita percaya kutipan tol ini amat tinggi dan tiada keperluan untuk kenaikan dibuat walaupun ada perjanjian dimeterai antara kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, kita menggesa kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut.

Segala perjanjian dengan konsesi lebuh raya dikaji semula demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

Bermula hari ini, 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang menaikkan kadar tol antara 10 sen dan RM6.

Ia melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-Silk, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart).

Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Latar), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI