pahlawan bugis nih di saran hentikan mengaku yang ianya ' BERSIH ' dari skandal wang derma RM 2.6 billion



Datuk Seri Najib Razak mesti menghentikan cubaan ‘membersihkan’ dirinya daripada sebarang jenayah berkaitan ‘derma’ RM2.6 bilion selepas kenyataan terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang beliau masih disiasat.

Perdana menteri tidak boleh pergi ke merata tempat dan menghebahkan beliau bersih apabila SPRM sendiri yang sedang menyiasatnya belum mengesahkan perkara itu.

SPRM sebelum ini menyatakan mereka akan meminta Najib memberi penjelasan berhubung derma yang diterimanya.

Oleh itu, sangat jelas SPRM tidak pernah membersihkan status perdana menteri kerana menerima 'derma' dari Timur Tengah yang diragui dan disyaki itu.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya terus mencurigai misteri wang RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib kerana beliau sendiri berkeras enggan menjelaskan isu tersebut.

Langkah terbaik yang harus diambil Najib ialah tampil secara sukarela ke pejabat SPRM bagi membolehkan satu siasatan lengkap dan menyeluruh dijalankan.

Beliau sudah tentu berhak tampil bersama barisan peguamnya bagi memastikan tidak membuat sesuatu yang menunjukkan beliau bersalah dalam proses itu.

SPRM dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib masih diteruskan.

Sebelum ini dalam kenyataan pada 3 dan 5 Ogos, hanya menyebut dana RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan daripada penderma berasal dari Timur Tengah dan bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM berkata, pihaknya mahupun Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang siasatan berkenaan isu dana RM2.6 bilion itu ditutup.

Jika Najib atau menteri lain terus memberi tekanan kepada SPRM untuk "membersihkan" perdana menteri, maka mereka bersalah melakukan jenayah yang sama didakwa dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Ketika itu, Anwar dihukum penjara 6 tahun kerana di tuduh menggunakan pengaruh tidak wajar terhadap 2 pegawai polis Cawangan Khas yang menyiasat beliau atas tuduhan jenayah seksual.

Sambil rakyat Malaysia percaya tuduhan terhadap Anwar sesuatu yang direka, tuduhan terhadap Najib pula terang-terangan jelas kerana beliau didakwa secara konsisten membuat kenyataan palsu bagi pihak SPRM.

Najib pada 8 Ogos ketika pembukaan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Bandar Tun Razak dilaporkan mengakui yang SPRM membersihkan beliau daripada sebarang tuduhan rasuah berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.





##



Konco-konco memang kerja keras nampaknya. 1 Mesej Dapat Bonus. Bagusnya. Takyah la pusing cerita. Duit dah masuk poket bos kamu. Ada taburkan sisa untuk anda?

Kalau  PM buat hal mcm nie, pertama kali dlm sejarah, agensi mana yg boleh diharap utk selamatkan negara? Polis? Dia pegi serang SPRM yg sedang siasat Najib. Tentera? goyang telor dalam seluar..pondan sokmo...

Memang sah si Najib ini penipu besar dalam negara sekarang. Memalukan ! Sampai bila hendak terus menipu, sedarlah Najib, undur segera demi kesejahteraan rakyat dan negara !!!

Pembohongan jika tidak diakui dengan jujur, akan ditutup dengan pembohongan yang lain, dan yang lain, dan ..., akhirnya jadilah sebagai RAJA PEMBOHONGAN



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI