kira kira 100 orang penduduk selamat budak digilis bas
ORANG ramai yang membantu mengangkat bas.
MANGSA menangis sambil memeluk neneknya selepas kakinya digilis tayar bas.
Guangxi (China): Seramai 100 penduduk di bandar ini bekerjasama mengangkat sebuah bas bagi menyelamatkan seorang budak perempuan yang tersepit di tayar kenderaan berkenaan.
Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu apabila budak perempuan berkenaan bersama neneknya terjatuh ketika turun dari bas.
Pada masa yang sama bas itu terus bergerak menyebabkan kaki mangsa digilis tayar kenderaan berkenaan.
Malangnya, apabila pemandu bas itu cuba mengundur, kenderaan itu tiba-tiba mati dan terus tidak boleh bergerak.
Orang ramai yang terkejut melihat mangsa menjerit kesakitan, beramai-ramai cuba mengangkat bas itu.
Selepas beberapa minit mencuba akhirnya bas itu berjaya diangkat dan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan doktor memberitahu mangsa tidak mengalami kecederaan serius.
Doktor memberitahu, tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI