duduk atas bumbung kereta di buru polis



RAKAMAN aksi seorang remaja duduk di atas bumbung sebuah kereta di bandar Ufa, Rusia baru-baru ini menyebabkan dia kini diburu polis.

UFA, Rusia – Seorang remaja lelaki yang melakukan aksi duduk di atas bumbung sebuah kereta yang dipandu laju di sebatang jalan sibuk baru-baru ini diburu polis gara-gara tindakan berbahaya itu.

Remaja yang memakai seluar pendek dan kemeja T tersebut dirakam selama 18 saat sebelum dia tergelincir ke bahagian cermin hadapan dan bonet kereta sehingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.

Aksi bahaya itu dirakam oleh seorang penumpang kereta lain, Svetlana Valeyeva menggunakan telefon bimbitnya dan bertindak memuat naik video tersebut di internet.

"Ini adalah cara bagaimana seseorang individu menghiburkan dirinya di bandar kami," komen Valeyeva di rakaman video terbabit.

Insiden tersebut berlaku di bandar Ufa di Republik Bashkortostan, Rusia. Ekoran itu, polis berkata akan mengenal pasti pemandu dan penumpang tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI