untungnya sokong raja judi boleh jadi timbalan perdana menteri......teruskan kencingkan 3 juta ahli UMNO tiap tiap hari...duit derma parti ( duit rembat 1 mdb ) boleh pulak di masukkan dalam akaun peribadi....!!!

3 sebab UMNO terima derma RM2.6b



heh heh...untong berkawan dengan raja judi...sebab najib tokeh lesen judi...promote zahid komedi jadi timbalan perdana menteri

Batu Pahat: Kesungguhan Malaysia mengekang keganasan, berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta sebagai negara Islam sederhana yang mempunyai masyarakat majmuk antara tiga sebab penderma dari Asia Barat menyumbang dana politik untuk UMNO.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disahkan sebagai dana politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, ia disahkan 100 peratus bebas daripada unsur rasuah selepas beliau meneliti sendiri dokumen termasuk aliran kewangan berkenaan, malah sumbangan itu adalah dana penghargaan kepada Malaysia dengan terdapat tiga sebab ia disalurkan kepada UMNO melalui akaun peribadi Najib.

“Faktor pertama adalah Malaysia yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam (IS) menerusi Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA).

“Kedua, UMNO yang diterajui Najib memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan yang ketiga, derma itu sebagai mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di sini, kelmarin.

Menurutnya, sumbangan atau derma dari Arab Saudi itu juga bukan hanya tertakluk kepada Malaysia semata-mata, malah beberapa negara Islam lain turut menerima sumbangan sama.

“Bukan hanya kita yang terima, malah terdapat dua tiga negara lain yang diiktiraf penyumbang dari Arab Saudi. Oleh itu, saya berharap semua perwakilan di peringkat akar umbi tidak sewenang-wenangnya mempercayai fitnah yang dilemparkan kepada Perdana Menteri berhubung isu dana ini.

“Malah, saya juga berharap penerangan ini cukup jelas dan tidak lagi dipanjangkan,” katanya.




##



3 juta ahli kena kencing hari hari...masih ada ahli UMNO yang tak sedar diri...masuk akaun peribadi  duit derma parti...ape parti tak de  akaun untuk terima sumbangan derma yang merupakan  dana politik rasuah  UMNO...

nampak sangan nipunya...duit yang di curi dari 1 mdb  di katakan duit derma...kalau derma untuk untuk parti  masakan boleh masuk akaun peribadi...melainkan duit itu kepentingan najib anak beranak  yang jelas terbukti dalam isu pembelian  kondo dan bikinan file lucah di new york yang mana SPRM tiada telor nak menyiasat.

mana kala zahid komedi nih cuma barua yang mengambil kesempatan dari kelemahan najib untuk cepat menjadi PM..dengan membodek dan ampu boss seolah olah merestui perbuatan keji bossnya  yang  jelas ternyata  kantoi dalam isu 1 mdb .

perjuangkan islam..? tolak hudud  ....nih perjuangkan islam ke...jelas bapak penipu..!!!

rang undang undang POTA dan ISIS tak ade kena mengena dengan sumbangan tu...masa sumbangan  tu yang konon di beri...ISIS belum wujud lagi...auta dah...!!

dana politik dari negara luar..?...hah...nampak sangat sebagai rasuah pru 13 yang lalu dan ini melanggar  akta spr dan sprm...kemenangan  UMNO-BN pru 13 sewajar di mansuhkan.

dan lagi satu  dana politik yang di terima dari luar  juga mengesahkan  najib dan UMNO adalah ejen negara asing..takkan  nak bagi derma macam tu ajer...ini bukan seringit dua...kenapa perlu derma sampai rm 2.6 billion.

melainkan duit tu  memang duit yang di rembat dari 1 mdb yang menteri kewangan dan ahli lembaga pengarahnya adalah najib sendiri yang bertindak sebagai kepala penyamun.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI