aksi pocong di jendela buat member ni tak boleh tidor



Georgetown: Seorang pensyarah kolej swasta di Georgetown, di sini, tidak dapat tidur sejurus melihat lembaga aneh seakan pocong di dalam gambar yang dirakam rakannya semasa melawat sebuah rumah kosong di berdekatan Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah, kelmarin.

Gambar yang diambil oleh rakannya itu dipercayai dirakam pada jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu di Alor Setar berkenaan.

Mohd Zaidi Mahmud berkata dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya menyedarinya selepas melihat semua gambar tersebut malam tadi.

"Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

"Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (kelmarin) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada dihujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ," katanya.

Sumber berkata, pihaknya sukar menafikan perkara berkenaan disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su terbabit.

Menurutnya, rumah berkenaan milik seorang individu Bandar Baharu yang diletakkan di kawasan itu sebagai tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Katanya, rumah berkeluasan 1,700 kaki persegi mempunyai sebanyak 34 tiang, enam ruang utama iaitu beranda, rumah ibu berbumbung Limas potongan Belanda dan Beranjung, ruang tengah, selang dapur dan pelantar.

"Ada pasangan pengantin merakam gambar mereka, tetapi hanya imej rumah saja terpapar," katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI