double trouble...buang kertas saman kena saman buang sampah

\


GARA-GARA membuang surat saman di jalan raya, seorang lelaki disaman semula atas kesalahan membuang sampah.

WALES, Britain – Seorang pemandu yang berang akibat dikenakan saman bertindak membuang kertas saman itu menerusi tingkap keretanya namun perbuatannya itu membawa padah apabila dia disaman semula sebanyak £75 (RM491) kerana membuang sampah.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu disaman sebanyak £60 (RM393) kerana melakukan kesalahan meletak kenderaan di sebatang jalan di Carmarthenshire baru-baru ini.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang keluar dari petak tempat letak kenderaaan disaman semula selepas seorang saksi kejadian melihat dia membuang kertas saman itu sekali gus menyebabkan individu tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan.

Pengguna jalan raya itu telah melakukan dua kesalahan menyebabkan dia kini perlu menjelaskan jumlah saman sebanyak £135 (RM884), menurut pihak berkuasa tempatan daerah Carmarthenshire.

Seorang ahli majlis Carmarthenshire, Jim Jones berkata, beliau berharap tindakan tegas yang diambil itu memberi mesej kepada orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya.

"Lelaki itu berasa dia boleh mengelakkan diri daripada membayar denda dengan membuang kertas saman namun dia kini berhadapan dengan satu lagi saman kerana membuang sampah," katanya.

Kejadian ini merupakan kali kedua yang berlaku dalam tempoh dua bulan selepas seorang individu disaman kerana membuang kertas notis di Ammanford yang merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 24 kilometer ke utara Swansea

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI