resepi teh c peng



BAHAN-BAHANNYA :-)

Air gula melaka secukupnya
Susu sejat secukupnya
Air teh pekat tanpa gula secukupnya
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Untuk air gula melaka tu, masak setengah ketul gula melaka dengan 1/4 cawan air dan daun pandan. Masak hingga gula larut dan pekat.

Kemudian tapis dan sejukkan (kalau mana2 yang suka manis, boleh gak campur 1-2 camca besar gula pasir masa masak gula melaka tadi).

Untuk air teh pekat, rendam 2 uncang teh BOH dengan 1 cawan air panas, biar sampai air teh tu sejuk. Tak perlu campur gula.

Ok, cara nak bikin Teh C Peng ni senang gileerr...Siapkan gelas yang lawa, seperti dalam gambar (mesti guna gelas, baru nampak 3 lapis).

Masukkan 2-3 camca besar gula melaka, atau ikut suka, masukkan ais kiub secukupnya. Tuang susu sejat perlahan2, dalam 1/4 cawan. Kendian tuang pulak teh pekat, tuang perlahan2 hingga penuh.

Biar sejuk, dan masa nak minum, kacau rata2...Baca bismillah, lepas tu minum...in shaAllah, panas hati pun boleh sejukk...alhamdulillah...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI