mengapa polis tiada telor nak siasat Najib dan Jho Low berhubung 1MDB ...adakah rosmah betina haramjadah di belakang semuanya ini...?



Polis perlu segera memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung isu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata DAP.

PDRM perlu segera menjalankan siasatan terhadap dua individu berkenaan, seperti dilakukan mereka terhadap pimpinan pembangkang sebelum ini.

PDRM  perlu menjalankan siasatan penuh bagi menghukum mereka yang melakukan jenayah terhadap pembayar cukai di Malaysia.

Malah, kita  sebagai  pembayar cukai  juga ingin bertanya, mengapa Najib dan Jho Low tidak dipanggil polis untuk melakukan penyiasatan, seperti yang dilakukan mereka terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis,

Apa yang dikatakan Low dalam wawancaranya bersama sebuah majalah kewangan bahawa segala keputusan akhir dalam 1MDB ditentukan perdana menteri dan menteri kewangan yang dipegang Najib adalah benar.

Menariknya, Jho Low seolah-olah tahu keputusan dalam 1MDB dilakukan melalui 'resolusi pemegang saham' dan ditandatangani menteri sendiri. Jadi, Najib tidak boleh cuci tangan daripada tanggungjawab terhadap 1MDB.

Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dalam wawancara bersama majalah kewangan antarabangsa Euromoney dilaporkan berasa kecewa dipersalahkan sebagai punca skandal kewangan 1MDB.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya semestinya adalah "orang paling dungu" jika memperoleh hasil wang kerajaan Malaysia dan membelanjakannya untuk parti mewah.

"Disebabkan gambar saya dan Paris Hilton berparti, kamu jadikan isu Bumiputera: 'Oh, orang Cina itu curi semua duit dan bazirkannya dengan alkohol'.

"Saya fikir saya tentunya orang paling dungu, jika saya dapat wang kerajaan dan belanja sesuka hati, itu perkara paling dungu," katanya dalam temubual dengan majalah kewangan Euromoney edisi April.

Katanya, dirinya menjadi mangsa politik Malaysia apabila dijadikan sasaran utama, sedangkan pihak lain yang bertanggungjawab terlepas daripada tindakan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia terpaksa bersuara kerana berasa isu 1MDB semakin mengarut.

"Mereka menuding jari ke arah saya seolah-olah cuba mengatakan: 'Ini semua salah anak muda Cina ini. Disebabkan dia, 1MDB gagal kerana dia yang menasihati PM dan sekarang semuanya gagal'."

Low pada Mac lalu menafikan terlibat dalam pengubahan wang haram dan penipuan dalam 1MDB.

Katanya, hala tuju 1MDB diputuskan dan diluluskan sepenuhnya mengikut rangka pentadbiran korporat, yang melibatkan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham.

"Jadi kenapa mempolitikkannya dan cuba menyalahkan saya sedangkan saya tidak ada kuasa membuat keputusan?"

Low ketika ditemu bual Euromoney di Hong Kong juga menyalahkan Umno menjadi dalang cuba memutarbelitkan isu.

Jho Low bagaimanapun hanya separuh betul, kerana beliau sendiri tidak boleh lepas tangan daripada 1MDB kerana  terdapat bukti komunikasi emel antara Jho Low, Petrosaudi, dan 1MDB yang pernah didedahkan sebelum ini.

Malah, jika 1MDB menyertai pelbagai perjanjian dengan pihak ketiga dengan berhati-hati, masih tetap akan mengalami kerugian, pesalah yang menipu 1MDB perlu diambil tindakan!




##


Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

wa tercium bau   bangkai dalam skandal ini...jho low  adalah  teamn karib rosmah...jangan lupa itu...najib cuma laki takut bini dan barua kepada rosmah...nampaknya rosmah senyap menikus...sedangkan dia menjadi dalang  perompakan duit rakyat  melalui 1 MDB  yang mana salah satunya KWAP telah menjadi mangsa kerakusannya.

pandey betina nih...selamba ajer dia buat buat tak tau...jelas dah yang buat keputusan pelaburan  1 mdb adalah najib sendiri  sebagai MOF ...tak payah nak siasat lagi siapa dalang yang sebenar...cuma lakonan untuk mencari kambing hitam.

tak perlu nak tubuh RCI ke apa ke...semua hancus di tengah jalan...sebab mereka geng UMNO jadah...cuba pembangkang yang kena...seluruh keturunan di telanjanginya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI