cedera parah selepas telefon bimbit meletup






Henan – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami kecederaan serius selepas telefon bimbitnya yang sedang dicaj, meletup, mengakibatkan sebahagian mukanya cedera hingga menampakkan tulang rahang.

Budak itu yang hanya dikenali sebagai Hanghang menggunakan telefon bimbit itu sebagai penggera untuk bangun ke sekolah.

Ketika kejadian, dia baru bangun pagi dan sedang membelek telefon itu yang tidak diketahui jenisnya sebelum baterinya meletup.
Selain muka, dia turut mengalami kecederaan di bahagian muka dan kaki.

Menurut Hanghang, dia hanya membelek telefon itu selama beberapa minit sahaja sebelum telefon itu berasa panas lalu meletup.

“Saya dapat melihat darah di tangan saya dan darah juga menitik dari muka saya.

“Saya terpaksa menggunakan tuala untuk menghentikan pengaliran darah dan menghubungi ambulans kerana saya tidak berani memberitahu ibu bapa saya mengenai kejadian itu,’’ katanya.

Dia kini dirawat di hospital dan dijadual menjalani beberapa pembedahan untuk memulihkan semula kecederaan pada badannya itu dan turut dimasukkan ke unit terbakar.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI