resepi ikan pari berlada




BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram ikan pari
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 helai daun limau purut
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR :-)

5 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan pari dihiris nipis 1 cm tebal, perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit. Cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga keemasan, angkat dan toskan.

Kisar buah keras dan bawang putih hingga lumat. Masukkan bawang merah dan cili merah, kisar sekejap2 hingga hancur, tak perlu sampai halus, guna kaedah "PULSE" pada alat pengisar anda (kalau rajin boleh tumbuk guna lesung batu). Panaskan 1/4 cawan minyak dalam kuali, tumis bahan

kisar tadi hingga harum. Tambah daun limau purut, kecilkan api dan terus memasak hingga garing.
Masukkan jus limau kasturi, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap.

Akhir sekali masukkan ikan pari goreng, gaul rata2 dan matikan api. Boleh hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI