POTA ( AUTA ) dan Akta Hasutan alat kerajaan paksa rakyat supaya terima GST



contoh salah guna kuasa...dan...akta hasutan...hanya pembangkang yang kena...menteri maksum  mengalahkan babi...!!!


Pengenalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan pengekalan Akta Hasutan dilakukan kerana Putrajaya cuba memaksa  rakyat yang marah terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) agar patuh kepada mereka.

Kita menyifatkan akta-akta tersebut sebagai "mimpi ngeri" sewaktu rakyat terbeban dengan GST.

Rakyat Malaysia sangat sangat  marah dengan kerajaan kerana GST yang semberono dan membebankan mereka yang sedia miskin.

Pada masa sama, siri salah urus kewangan turut mengeringkan kantung perbendaharaan negara.
Berdasarkan situasi ini, apakah yang kerajaan  Najib (Razak) lakukan? Ia melancarkan perang terhadap rakyatnya sendiri.

Kerajaan yang ditunjangi Umno kini mahu mengukuhkan cengkaman mereka ke atas rakyat kerana sedar pengaruh mereka sangat lemah.

Umno sekarang berada pada tahap paling lemah dengan sokongan terhadap Najib merudum walaupun dari dalam partinya sendiri.

Tayangan sokongan terbuka kepada Najib juga menunjukkan kedudukannya yang goyah di samping perpecahan dalaman Umno.

Ruang demokrasi dalam negara semakin mengecil kerana rakyat Malaysia kini mempunyai hak-hak sivil dan politik yang semakin berkurangan.

Peruntukan terperinci dalam undang-undang ini terbuka kepada salah guna daripada kerajaan dan baruanya , polis.

Pada masa sama, ahli politik pembangkang dan pertubuhan sivil pula semakin diinjak-injak.

Semua ini membuktikan bahawa sesuatu kerajaan itu sebenarnya terdesak untuk kekal berkuasa.

Rang undang-undang Pota diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada kira-kira jam 2.25 pagi Selasa, 7 April lalu selepas dibahaskan hampir 14 jam.

Ia diluluskan dengan undian belah bahagian dengan 79 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju meluluskan dan 60 Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju.

Putrajaya mencanangkan Pota sebagai satu langkah untuk membanteras elemen ganas dan subversif daripada bercambah di Malaysia.

Ia mempunyai persamaan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 2011 kerana memperuntukkan hukuman tahanan tanpa bicara.

Suspek boleh ditahan sehingga maksimum 59 hari, sebelum dibawa menghadap Lembaga Pencegahan Keganasan yang boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 2 tahun.

Tempoh tahanan juga boleh diperbaharui jika lembaga memutuskan terdapat alasan yang munasabah.

Rang undang-undang itu tidak membenarkan sebarang rayuan semula kehakiman di mana-mana mahkamah.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI