resepi ikan tenggiri masak cuka
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tenggiri saiz kecil, kerat 3 setiap seekor, dibersihkan, cuci dan toskan*
1 camca teh serbuk kunyit*
1/2 camca teh garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 biji timun saiz kecil, kerat 3, buang empulur dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris seperti anak mancis
7 biji bawang merah kecil, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris halus
3 camca besar cuka JALEN
1 camca teh serbuk kunyit
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
3/4 camca teh biji sawi
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing sangat, nanti keras. Angkat dan toskan. Panaskan kuali, masukkan 3 camca besar minyak masak. Masukkan biji sawi dan masak sekejap, kemudian masukkan semua bahan2 tumis, bawang putih, halia dan bawang merah. Masak hingga bawang layu.
Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. Tuang cuka, kacau dan masukkan air. Biar mendidih. Tambah timun dan masak hingga timun lembut sedikit. Masukkan cili merah, cili hijau dan ikan goreng. Kacau rata.
Tambah garam secukup rasa dan gula dalam 1 camca besar penuh atau secukup rasa. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok bole matikan api. Hidangkan bersama nasi panas. Boleh juga dimakan bersama nasi berperisa seperti nasi tomata atau nasi minyak.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI