resepi rendang daging spesial + nangka muda



BAHAN-BAHANNYA :-)

500 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan
1 kg nangka muda (kurang lebih) yang telah disiang, celur 1/2 empuk dan toskan
1 liter pati santan
1 keping asam gelugor
1 camca besar gula melaka
2 helai daun kunyit, dimayang halus
4 helai daun limau purut
2 camca besar kerisik
2 camca besar rempah kari daging (baba's)
2 camca besar cili kisar
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

15 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 biji buah keran, hiris
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi kampung
6 batang serai, hiris

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

Bahan2 kisar halus dicampur dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum.

Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan daging, kacau rata dan masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga mendidih. Bila kuah pekat, tambah nangka dan kerisik.

Kacau rata, masukkan asam gelugor, daun limau purut, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga kering.

Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dimayang tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain. Sedap juga dimakan bersama ketupat..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI