penumpang pesawat qantas di beri makan daun....bior betul...?

BRISBANE – Syarikat penerbangan kebangsaan Australia, Qantas berjaya menerbangkan empat ‘penumpang’ bertaraf VIP dari ibu kota negeri Queensland, Brisbane, ke Singapura.

Empat ekor koala tersebut ditempatkan secara eksklusif di ‘kelas koala’ sambil menikmati layanan istimewa berupa minuman yang enak serta daun-daun segar jenis ‘eucalyptus’.

Keempat-empat ekor koala iaitu Paddle, Pellita, Chan dan Idalia akan dipinjamkan buat sementara kepada Taman Haiwan Singapura dalam tempoh selama enam bulan sahaja.

Kerajaan Australia bermurah hati memberi koala terbabit kepada pemerintah Singapura sebagai penghormatan sempena jubli emas 50 tahun kemerdekaan pada 9 Ogos ini.

Walaupun empat haiwan itu tiba pada Isnin, penyerahan rasmi akan berlangsung hanya pada 20 Mei, iaitu selepas koala tersebut berjaya menjalani prosedur kuarantin.

Ia proses standard biasa yang diwajibkan ke atas haiwan luar negara dan setelah ruang khas diperuntukkan untuk haiwan itu siap diubah suai di dalam Zoo Singapura.


Stesen penyiaran pemerintah Singapura, Channel NewsAsia difahamkan bahawa koala itu diterbangkan di dalam kapsul khas yang dilengkapi dengan sistem kawalan suhu.

Qantas juga siap menyediakan sebatang pokok ‘eucalyptus’ dengan daun-daun yang berkualiti tinggi, khusus untuk penumpang istimewa dalam penerbangan berkenaan.

Koala terbabit dipelihara di Lone Pine Sanctuary di Brisbane dan kerajaan Australia juga akan menghantar bekalan daun ‘eucalyptus‘ segar sebanyak dua kali setiap minggu.

Mamalia ikon Australia itu ditemui di benua tersebut sejak akhir kurun ke-18 dan kini dianggarkan hanya terdapat kira-kira 100,000 ekor koala hidup liar di seluruh negara.

Penerbangan kelas pertama itu mengambil masa kira-kira tujuh jam dan untuk penumpang sebenar, kadar tiket sehala dikenakan A$4,138 (RM11,614 ).












Namun, jangan panik, ini hanya untuk sesi rakaman fotografi gimik sahaja kerana selepas itu, koala terbabit kemudian diletakkan dalam ruang kargo pesawat Qantas.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI