motorsikal berkuasa tinggi di galakkan berkonvoi secara selamat dan tidak menyusahkan pengguna jalanraya yang lain



Penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak digalak menganjurkan konvoi dalam jumlah yang besar kerana ia berisiko tinggi ditimpa kemalangan jalan raya.

Jika salah seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal.

Lebih baik jika konvoi dilakukan dalam dua atau tiga orang sahaja, dan diselang dengan dua atau tiga orang lagi di belakang, dalam jarak yang selamat.

Kesilapan yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan.

Sedangkan laluan itu sebenarnya untuk tujuan memotong dan kenderaan yang menggunakannya perlu kembali ke laluan tengah selepas selesai memotong.

Ada pengguna jalan raya lain membuat rungutan mengenai situasi yang mereka hadapi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini. Sebab itu di sarankan  supaya mereka  melaksanakan aktiviti berkonvoi secara berhemah.

Lakukan dalam kumpulan yang kecil, ikut peraturan dan had laju yang selamat serta dapatkan khidmat ‘marshall’ yang bertauliah selain mempunyai seorang ‘sweeper’ di akhir konvoi,.

Selain itu, semua penunggang motosikal  di ingatkan agar menggunakan topi keledar yang menepati spesifikasi SIRIM kerana ia telah menjalani ujian ketahanan.

Masih ada penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar berbentuk separuh atau ‘kura-kura’ yang sebenarnya dibuat untuk tujuan rekreasi dan tidak sesuai digunakan atas jalan raya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI