pencuri tebus kesilapan...bayar harga piza yang di curi 13 tahun yang lalu



SURAT yang dihantar oleh seorang lelaki yang mengaku mencuri piza 13 tahun lalu.

WASHINGTON – Seorang lelaki bertindak membayar semula piza yang dicuri di sebuah kedai di sini bagi menebus kesalahan yang dilakukannya 13 tahun lalu.

Lelaki tersebut yang tidak dikenali identitinya menghantar sepucuk surat berserta cek kepada pemilik kedai piza tersebut dan memohon maaf atas kesilapannya sebelum ini.

Menurut lelaki berkenaan, dia mencuri piza berharga AS$20 (RM70.70) itu pada tahun 2002 dan kini membayar sebanyak AS$54.39 (RM192.60) iaitu termasuk faedah sebanyak lapan peratus selama 13 tahun.

“Saya tidak ada wang dan mempunyai seorang anak yang sedang kelaparan di rumah ketika itu.

“Saya kemudian bekerja keras dalam dunia perniagaan dan kini menjadi tanggungjawab saya untuk menebus semula kesilapan lalu,” luahnya di dalam surat berkenaan.

Pemilik kedai piza berkenaan, Morgan Freemum memuat naik dan berkongsi surat itu di laman media sosial Reddit serta melahirkan rasa gembira dengan sikap lelaki terbabit.

Kata Freemum, dia juga memaafkan kesilapan lelaki tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI