juruterbang di anggap wira
BEBERAPA pekerja penyelamat membawa mayat seorang mangsa Penerbangan GE235 di Taipei kelmarin.
TAIPEI – Juruterbang pesawat malang TransAsia Airways GE235 yang terhempas di Sungai Keelung di Taiwan ditemui dalam keadaan masih memegang tombol pengendalian pesawat di kokpit semalam.
Juruterbang berkenaan, Liao Chien-tsung, 41, dianggap wira oleh orang ramai apabila dia berjaya mengawal pesawat jenis ATR 72-600 yang membawa 58 orang itu daripada merempuh sebuah bangunan di sekitar lapangan terbang Songshan di sini sebelum terhempas ke dalam sungai pada Rabu lalu.
Chien-tsung merupakan antara sekurang-kurangnya 35 mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
Sehingga kini, seramai 15 mangsa berjaya diselamatkan manakala lapan lagi masih hilang.
Mayat Chien-tsung ditemui di dalam kokpit dengan kedua-dua tangannya memegang tombol pengendali pesawat manakala kakinya patah teruk, lapor akhbar China Times yang berpangkalan di sini.
“Dia berjuang untuk mengendalikan tombol tersebut hingga ke akhirnya sebelum pesawat itu terhempas di dalam sungai,” menurut laporan tersebut.
Laporan sama menyebut pemimpin dan rakyat Taiwan berkabung bagi memperingati kematian juruterbang berkenaan.
Gambarnya menjadi tajuk akhbar-akhbar utama Taiwan sebagai menghormati keberanian dan kegigihannya untuk menyelamatkan nyawa penumpang dan kru Penerbangan GE235
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI