Polis siap siaga berdepan keputusan kes Anwar Selasa ini
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bersiap siaga berdepan dengan apa jua kemungkinan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, Selasa ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau rapi keadaan di sana pada hari berkenaan.
"Saya percaya tidak ada apa-apa yang akan berlaku kerana saya rasa semua orang dah matang, dan akan menerima keputusan mahkamah," katanya di Kuala Lumpur, kelmarin.
Beliau diminta mengulas persiapan polis berkaitan hari keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.
Mahkamah Rayuan kononnya mendapati Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
##
ala...kita semua bukan tak kenal dengan gaya KPN yang pro kerajaan UMNO/BN...dah jadi jurucakap UMNO..gaya percakapan tu menunjukkan beliau seolah olah polis pulak yang akan buat buat provokasi...bukan kita tak biasa taktik macam nih..dari zaman rahim noor pegang KPN pon dah berapa banyak polis buat provokasi terhadap perhimpunan aman
yang tak ikut law adalah kerajaan UMNO/BN dan penyokong rasis mereka ,kalau tak penyokong mereka yang buat provokasi...pihak polis yang mengambil peranan sebagai anjing suruhan yang taat setia kepada tuannya...
Penyamaran Polis dalam BERSIH 3.0, bukti Polis provokasi rusuhan
Polis Buat Apa Bila PERKASA Cetus Provokasi?
ala macam tak biasa pulak...kalau penyokong anwar dan PR nak buat huruhara di jalanraya sampai tergulingnya kerajaan UMNO-BN..dah lama boleh....penyokong mereka bukan sikit...tapi mereka semua tetap patuh undang undang dan peraturan..!!!
5:39 PG
anjing UMNO
,
barua UMNO
,
mahkamah cap ayam
,
pdrm
,
perhimpunan aman
,
PKR
,
politik
,
politik kotor
,
provokasi
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI