alasan ponteng kerja paling teruk di amerika syarikat



ponteng kerja  penjawat awam malaysia


KETIDAKHADIRAN ke tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia sentiasa terjadi di mana-mana tempat di seluruh dunia. Satu kajian secara talian telah dilakukan oleh Harris Interactive yang mewakili laman web CareerBuilder bermula pada 13 Ogos hingga 6 September lalu bagi mengenalpasti alasan utama ketidakhadiran para pekerja di Amerika Syarikat.

Ia meliputi 3,484 pekerja, 2,099 pengurus dan ahli profesional sumber manusia dari pelbagai syarikat dan industri. Seperti biasa, alasan utama pastinya atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan akibat faktor cuaca, selain memerlukan rehat, tertidur dan urusan peribadi.

Namun, apa yang menariknya, kajian ini turut membongkar 13 alasan paling teruk yang pernah digunakan untuk tidak hadir ke tempat kerja.

Antaranya:
  1. Gigi palsu tercabut sewaktu memandu di lebuhraya. 
  2. Pasukan bola kegemaran kalah pada hari Ahad, jadi mereka memerlukan rehat pada hari Isnin untuk mengubati kesedihan. 
  3. Pekerja sedang dalam proses berhenti rokok dan cepat marah. 
  4. Pintu rumah telah digam dan tingkap ditutup sehingga tidak dapat keluar rumah. 
  5. Pekerja tergigit lidah dan tidak dapat bercakap. 
  6. Sekumpulan lebah sedang menghurung kereta dan pekerja tidak dapat masuk ke dalamnya. 
  7. Bahan kimia dalam ayam Turki membuatkan pekerja tertidur dan terlepas shif kerja. 
  8. Pekerja berasa terlalu marah sehingga mampu mencederakan orang lain jika datang bekerja. 
  9. Menerima panggilan ugutan dari syarikat elektrik dan perlu membuat laporan kepada polis. 
  10. Pekerja perlu menyelesaikan sesi membeli-belah untuk sambutan Krismas. 
  11. Biji mata palsu terkeluar dan jatuh dari soketnya. 
  12. Sesat dan akhirnya menyedari yang dia berada di negeri lain. 
  13. Tidak tahu pakaian apa yang harus dipakai untuk ke tempat kerja. Hmm..anda pula bagaimana?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI