98 % bersetuju syarikat telco negara ini kuat menipu pengguna



SATU tinjauan yang dilakukan  terhadap syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini mendapati 98 peratus daripada 1,932 undian bersetuju mereka ‘kuat menipu’ pengguna.

Hanya 2 peratus sahaja tidak setuju dengan kenyataan berkenaan.Sebelum ini di laporkan tindakan beberapa Telco yang dikesan banyak melakukan penipuan dengan pelbagai cara antaranya melibatkan penggunaan data internet.

Itu penipuan, pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) dapatnya 1.5GB, kadang-kadang tidak dapat langsung. Orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun.

Antara penipuan yang dikesan adalah perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang mengenakan caj tidak munasabah kepada pelanggan yang berada di luar negara tanpa mengetahui sistem berkenaan telah diaktifkan hingga ada kes pengguna tiba-tiba dapat bil RM80,000.

Selain itu, para pelanggan juga kerap membuat aduan berkenaan kehilangan kredit pra-bayar secara tiba-tiba, kebanyakannya disebabkan ditolak penggunaan internet harian, padahal pelanggan sudahpun membuat langganan bulanan.

Angka 98 peratus bukan kecil jika melihat undian yang dijalankan di Internet, sekaligus ia membayangkan pengguna sudah lama dihimpit masalah ini tanpa pembelaan.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu melihat kepada isu ini khususnya tindakan Telco mengenakan caj tidak munasabah sesuka hati kadangkala ‘secara rahsia’ hingga membebankan pengguna.

Jika pihak berkuasa terus berdiam tanpa usaha membanteras penipuan syarikat Telco ini, maka jadilah “pengguna sudah sedia menyerahkan diri mereka untuk ditipu dari buaian sehingga ke liang lahad..”


baca ini...

senarai penipuan telco yang di biarkan tanpa pembelaan

siri telco kaki kencing 2...pakai sampai lebam.....rupanya poket pengguna yang lebam di tipu penipu berlesen besar

siri telco kaki kencing

awas dan berhati hati dengan caj PPU TELCO ( PELAN PEROMPAK UMNO )

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI