pemerasan terang terangan ...guna sms 'emoji' kena bil RM6,500




Seorang pengguna telefon bimbit di United Kingdom terkejut besar apabila menerima bil sehingga £1,200 (RM6,500) selepas menggunakan simbol perasaan atau “emoji” dalam mesej ringkas SMS.

Malah, bukan sahaja Paula Cochrane yang terkejut tetapi kakitangan syarikat telekomunikasi Everything Everywhere (EE) negara itu juga berkongsi perasaan sama.

“Mereka tidak tahu-menahu (bagaimana perkara itu berlaku),” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Independent.

Beliau pada mulanya menerima bil £100.92 pada November sebelum mula naik mendadak kepada £449 pada bulan berikutnya.

Selepas menghubungi syarikat pembekal perkhidmatan sekali lagi beliau diberitahu bahawa bayaran itu untuk emoji yang digunakannya.

“Ini seperti pemerasan terang-terang. Muka 'smiley' itu di toolbar telefon – bukan aplikasi atau kena muat turun dahulu,” katanya.

EE memberitahu BBC masalah itu berpunca daripada tetapan telefon bimbitnya oleh pengilang dan bukan masalah rangkaian.

Sementara itu, dilaporkan bahawa berita itu muncul ketika terdapat kajian di Amerika Syarikat yang mendapati pengguna emoji melakukan lebih banyak seks berbanding yang lain

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI