agaknya dah tak cukup menyamun duit zakat...maka JAWI pedajjal umat islam dengan naikkan harga sijil, ‘kursus kahwin’ mulai februari ini





DI SAAT-SAAT negara kecoh tentang isu harga barang dituntut agar turun sempena penurunan harga minyak, rupanya ada yang pihak yang menangguk di air keruh menaikkan  harga dalam diam-diam.

Ianya adalah kadar bayaran bagi mengikuti kursus pra-perkahwinan Islam di Wilayah Persekutuan.

Rasanya semua pasangan muslim di negara ini pun tahu, ‘sijil kursus kahwin’ ini antara dokumen yang wajib ada bila nak melangsungkan pernikahan. Jadi nak tak nak kena pergi kursus untuk dapatkan sekeping kertas berharga tersebut.

Menerusi satu surat rasmi yang diedarkan dari Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 29 Januari lalu, kadar bayaran penyertaan dan sijil kursus Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di seluruh Wilayah Persekutuan dimaklumkan, dinaikkan kadarnya mulai Februari 2015.

Justeru harga RM85 yang merangkumi bayaran untuk yuran penyertaan RM80 dan sijil kursus (RM5) sebelum ini, meningkat kepada RM130 iaitu RM120 bagi yuran penyertaan dan RM10 bagi sijil kursus.

Alasan kenaikan ini yang turut disertakan dalam surat tersebut adalah ‘peningkatan kos hidup semasa’.

Kita ingin nak bertanya, bukankah dalam Islam urusan perkahwinan seharusnya dipermudahkan?

Sebagaimana alasan JAWI dalam pekeliling ini tentang kenaikan kos hidup semasa, pernahkah pihak berkenaan  terfikir pasangan Islam yang datang ke kursus pra-perkahwinan ini ada yang terdiri daripada mereka yang berjuang keras untuk hidup di kota wilayah namun di paksa mengikut sunah JAWI  yang masih lagi tidak nampak kesusahan umat islam.

Sijil kursus kahwin itu pula adalah kehendak undang-undang negara dan bukannya termaktub dalam hukum agama tapi terpaksa diambil sebab itulah ‘law’ kalau nak bernikah.

RM45 mungkin kecil bagi sesetengah orang tapi buat bakal pengantin yang tak lena tidur dok memikirkan kos kenduri kendara dan kos selepas nikah sejajar dengan peningkatan kos hidup semasa bak kata JAWI, tak mustahil ada yang postpone dulu hasrat nak kahwin sebab perkara basic iaitu ambil sijil kursus kahwin dulu pun dirasakan mahal sangat. .

Lagi satu kalau kadar harga di Wilayah Persekutuan naik, tak mustahil harga kursus pra-perkahwinan di negeri lain pun ikut naik lepas ni ye tak?Ini pun salah satu perangai dajjal yang akan mempergaruhi  pengikut yang lain .

Apa pun pun bakal pengantin, sila catatkan harga baru ini dalam senarai kos belanja nak kahwin anda.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI