bigfoot dikesan di taman negara yellowstone



LEMBAGA (dalam bulatan) yang berkemungkinan bigfoot semasa dirakam di Taman Negara Yellowstone baru-baru ini.

YELLOWSTONE, Amerika Syarikat – Satu rakaman dimuat naik di laman perkongsian video YouTube baru-baru ini yang memaparkan empat lembaga yang menyerupai bigfoot berjalan-jalan di Taman Negara Yellowstone di sini.

Rakaman itu pada mulanya menumpukan kepada beberapa ekor kerbau bison yang berkeliaran di satu kawasan bersalji.

Bagaimanapun dalam rakaman menggunakan kamera web taman negara itu kemudian kelihatan empat lembaga seperti bigfoot sedang berjalan-jalan di sebalik pokok tidak jauh dari kerbau bison berkenaan.

Meskipun rakaman itu menimbulkan persoalan sama ada lembaga itu merupakan beberapa orang yang bermain salji atau manusia memakai kostum, namun pengguna YouTube berpendapat kemungkinan lembaga itu benar-benar bigfoot tidak boleh ditolak begitu sahaja.

“Adakah kita menyaksikan satu peristiwa yang sering diceritakan sejak beribu-ribu tahun lalu? Anda putuskan sendiri,” kata seorang pengguna yang menggunakan nama ThinkerThunker

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI