guna gari bimbang anak hilang



SEORANG bapa dirakam menggari tangannya bersama tangan anaknya di sebuah stesen kereta api di Beijing, China.

BEIJING, China – Seorang bapa yang takut anaknya hilang di sebuah stesen kereta api mengambil tindakan tersendiri dengan menggunakan gari supaya mereka tidak terpisah semasa berasak-asak dengan orang ramai.

Lelaki yang dikenali sebagai Wang itu, dirakam bersama anaknya di Stesen Kereta Api Selatan di sini ketika menunggu untuk pulang ke kampung bagi menyambut Tahun Baharu Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

Wang dikatakan mengambil langkah sedemikian kerana bimbang dengan keselamatan anaknya yang mungkin hilang ketika orang ramai sibuk menggunakan perkhidmatan awam ketika musim perayaan ini selain dikhuatiri diculik oleh sindiket penyeludupan kanak-kanak.

Gambar dua beranak tersebut yang sempat dirakamkan seorang pelancong menunjukkan budak yang berusia lingkungan enam tahun itu duduk bersandar di kerusi, manakala tangan kirinya pula digari bersama lelaki itu.

“Mereka berbual dan bergelak ketawa, jadi saya tidak fikir lelaki tersebut adalah seorang ahli sindiket penyeludupan kanak-kanak,” tulis pelancong tersebut di laman sosial Weibo.

Selain digari, budak itu juga kelihatan dilengkapi dengan jam tangan yang mempunyai fungsi sistem kedudukan sejagat (GPS) bagi membolehkan bapanya mengesan pergerakannya serta seutas rantai yang tertera nama dan nombor telefon bapanya.

Sementara itu, beberapa pengguna laman sosial Weibo menulis bahawa mereka cukup tersentuh dengan kata-kata bapa kanak-kanak tersebut yang memberitahu gari itu menyebabkan dia tidak lagi bimbang dengan keselamatan anaknya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI