tikus telus





TOKYO – Geli melihat organ dalaman haiwan makmal atau takut membelah binatang ujikaji itu mungkin tidak lagi menjadi igauan. Sekumpulan saintis Universiti Tokyo dan Agensi Teknologi Sains Jepun berjaya mencipta tikus telus tanpa warna badan baru-baru ini.

Kejayaan itu didedahkan ketua penulis,  Kazuki Tainaka kepada majalah Cell berpusat di Amerika Syarikat dengan kajian difokus bagi memanipulasi kompaun dikenali sebagai haem, yang menjadikan darah berwarna merah dan banyak didapati pada tisu badan.

Teknik digunakan itu hampir mengubah sepenuhnya warna daripada tisu sekali gus menjadikan organ dalaman mamalia comel itu dapat dilihat jelas seumpama struktur imej 3D tanpa perlu saintis membedah kulit tikus yang mungkin terdedah kepada risiko kesilapan.

“Kami amat terkejut dapat melihat langsung keseluruhan dalam tubuh badan tikus sama ada bayi atau dewasa termasuk aliran darah, degupan jantung dan perubahan limpa, hati, paru-paru atau perut haiwan itu apabila diuji dengan bahan kimia tertentu,” kata Tainaka.

Bagaimanapun, ketua penyelidik projek itu Hiroki Ueda berkata, teknik digunakan tersebut belum tentu sesuai untuk haiwan makmal lain apatah lagi manusia namun tidak menolak teknologi masa depan mungkin akan berjaya menghasilkan kulit telus.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI