reka kereta batman sendiri






Zac sesekali memakai kostum Batman dan memandu kereta menakjubkan miliknya itu di sekitar bandar New South Wales dan menggembirakan kanak-kanak.

Ketika ramai peminat filem superhero Batman mengumpul model figura bintang komik itu, Zac Mihajlovic, 29, dari Camden, New South Wales, Australia, membina kereta Batmannya sendiri.

Zac menghabiskan masa kira-kira dua tahun untuk menghasilkan model kereta yang dibenarkan dipandu di atas jalan raya biasa diilhamkan dari kereta asal Batman tahun 1989 yang dibintangi Michael Keaton.

Hasilnya, dia kini boleh berbangga kerana memiliki satu-satunya kereta Batman yang berfungsi dan berdaftar secara sah di Australia.

Oleh kerana memiliki aset yang sedemikian rupa, Zac pernah diberikan tawaran lumayan sehingga enam angka untuk menjual keretanya itu tetapi dia enggan sebaliknya menggunakan kereta tersebut untuk menggembirakan kanak-kanak sakit.

“Ia adalah kepuasan dan kebanggaan saya, saya akan mati dalam keadaan gembira,” katanya .

Ketika Zac obses dengan kereta Batman, dia baru sahaja berusia lima tahun.

“Saya menyukai Batman kerana dialah satu-satunya adiwira yang tidak mempunyai kuasa luar biasa sehingga menjadikan watak itu lebih dekat dengan manusia biasa,” katanya.

Untuk merekabentuk Batmobile, Zac menggabungkan obsesinya kepada Batman dengan minat kedua dalam hidupnya iaitu membina kereta.

Kali pertama Zac mendapat ilham membina kereta itu adalah empat tahun lepas, sebelum dia bersedia melakukannya dengan bantuan rakannya Scott Cox serta bimbingan datuknya John Greene, seorang jurutera bersara.

Dua tahun merupakan masa yang diambil Zac untuk mengumpul bahagian keretanya. Dia bagaimanapun bertuah kerana berjaya mendapatkan beberapa bahagian yang benar-benar digunakan di dalam filem itu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI