gara gara hendak menipu ujian air kecing dadah akhirnya di sahkan mengandung 2 bulan....padan muka...tak kosa den nolongnya...he he he




KAHERAH – Seorang pemandu bas awam di Mesir kantoi didapati menipu ujian air kencing apabila disahkan hamil dua bulan setelah menukar air kencing dengan isterinya untuk mengelak disahkan positif mengambil bahan dadah baru-baru ini.

Lelaki itu yang tidak didedahkan identiti pada mulanya dipanggil seorang pegawai polis tempatan bagi menyemak kesahihan air kencing hasil pemeriksaan rutin pihak berkuasa terhadap pemandu bas secara rawak bagi mengesan pengambilan dadah.

Akhbar Mesir melaporkan, sewaktu disoal, suspek cuba berbohong apabila menegaskan air kencing itu sebagai miliknya menyebabkan pegawai penyiasat yang keliru dengan status tersebut akhirnya mengucapkan: “Tahniah, anda disahkan mengandung dua bulan!”

Lelaki itu akhirnya mengaku cuba menipu dengan menukar air kencing dan menghantar sampel urin milik isterinya bagi mengelak dikesan mengambil bahan larangan tersebut yang biasa digunakan kebanyakan pemandu untuk tidak mengantuk memandu terlalu lama.

Pihak berkuasa pengangkutan Mesir berkata, mereka mungkin akan mengambil ujian darah bagi mencegah gejala penukaran air kencing dalam kalangan pemandu tempatan apabila mendapati penipuan sedemikian sebenarnya sudah lama diamalkan tanpa dikesan.

Penggunaan dadah di Mesir dilaporkan meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kebanyakan pemandu bas gemar membeli ubat tahan sakit berharga murah yang mengandungi bahan perangsang tenaga untuk memandu tanpa mengantuk.

Dianggarkan kira-kira 12,000 orang maut akibat kemalangan jalan raya di seluruh Mesir setiap tahun dan kebanyakan kes disebabkan pemandu pengangkutan awam itu terlelap akibat memandu dalam tempoh agak lama tanpa mendapat cukup rehat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI