diskriminasi terhadap islam yang melampau....China larang penduduk berjanggut naik bas




GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki berjanggut lebat etnik Uighur berjalan di Urumqi, Xinjiang .

BEIJING - Sebuah bandar di wilayah Xinjiang, China melarang penduduk berjanggut lebat atau memakai pakaian Islam menaiki bas awam.

Menurut akhbar Karamay Daily, pihak berkuasa di bandar Karamay melarang penduduk memakai hijab, niqab, burka atau pakaian yang mempunyai simbol bulan bintang dan simbol bulan sabit Islam daripada menaiki bas awam.

Akhbar tersebut melaporkan, larangan itu juga meliputi janggut lebat.

"Mereka yang tidak memberi kerjasama kepada pasukan pemeriksa akan diserahkan kepada polis," katanya.

Wilayah Xinjiang merupakan negara asal kebanyakan penduduk Islam Uighur.

Penduduk minoriti itu berdepan dengan pertempuran antara penduduk tempatan dengan pasukan keselamatan yang mengakibatkan ratusan orang terkorban.

"Larangan di Karamay itu merupakan langkah diskriminasi yang menambahkan lagi perbalahan antara etnik Uighur dan Beijing," kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia (WUC) Dilxat Raxit dalam satu kenyataan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI