sanggup mati kerana berselfie...!!!



SATU daripada gambar diambil Aguilar untuk dimuat naik di Facebook.

 Mexico City: Mungkin kerana kemaruk untuk melakukan selfie, seorang lelaki maut apabila tertembak dirinya sendiri ketika mengambil gambar dengan selaras senapangnya. Akhbar Mexico, Proceso melaporkan, Oscar Otero Aguilar, 21, sebelum itu dipercayai minum arak bersama dua rakannya.

Saksi yang juga jiran mangsa, Manfredo Paez Paez berkata, dia menghubungi polis selepas mendengar tembakan dan jeritan. “Saya mendengar bunyi tembakan dan orang menjerit kesakitan lalu menghubungi polis. “Ketika mereka sampai di situ, Aguilar masih hidup,” katanya. Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.

 Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan. Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook. Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri. Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI