padam mesej salah hantar dalam tempoh 2 minit dari wee chat




Adakah anda pernah mengalami situasi tersilap menghantar mesej kepada rakan yang tidak sepatutnya berlaku atau tersalah kumpulan sembang ketika menghantar gambar? Ia pastinya membuatkan anda berasa malu apabila diketawakan.

Ia boleh dielakkan ­dengan aplikasi permesejan WeChat versi terbaru, 5.3.1 yang mana ia dilengkapi fungsi terbaru, Recall membolehkan mesej dihantar dalam masa dua minit boleh dipadam ­dengan serta-merta.

Hanya tekan untuk tempoh lama pada mesej yang ingin dipadam dan pilih Recall kemudian mesej anda akan hilang dari skrin penerima.

Itu hanyalah satu daripada fungsi baru Wechat. Selain Recall, beberapa fungsi baru lain turut disertakan termasuk ‘Tag’ kenalan.

Kenalan di dalam buku telefon anda boleh ditag dengan pelbagai kata kunci yang memudahkan pencarian.

Selain itu, Wechat turut memperkenalkan fungsi menyimpan mesej Favourite secara pukal sekali gus.

Mesej yang disimpan sebagai Favourite ini nanti boleh dilihat semula ­dengan mudah tanpa perlu mencari daripada keseluruhan perbualan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI