bina trak terbalik




SULLIVAN bersama trak terbalik yang dibina di bengkel miliknya di bandar Clinton, Amerika Syarikat.

CLINTON, Amerika Syarikat – Seorang mekanik di sini mengubahsuai sebuah trak miliknya supaya ia kelihatan seperti sebuah kenderaan yang terbalik ketika dipandu.

Mekanik tersebut, Rick Sullivan berkata, dia mendapat idea untuk membina kenderaan berkenaan selepas seorang pelanggan menghantar sebuah trak yang terbalik akibat terlibat dalam satu kemalangan untuk dibaiki.

“Selepas melihat trak tersebut saya terfikir untuk membina sebuah kenderaan yang kelihatan terbalik dan boleh dipandu di jalan raya.

“Saya mengambil masa selama enam bulan dan membelanjakan hampir AS$6,000 (RM20,076) untuk membina trak istimewa ini,” katanya.

Menurutnya, trak terbalik tersebut dibina daripada gabungan dua buah trak iaitu jenis Ford Ranger dan Ford F150.

“Saya berasa sangat seronok kerana setiap kali saya memandu trak ini di jalan raya ramai pemandu yang terkejut,” ujarnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI