kawasan istana raja belanda jadi tempat orang ramai melepaskan hajat



AMSTERDAM – Pihak berkuasa Belanda bingung mencari cara terbaik menghalang orang awam yang sering kencing di dinding istana diraja negara itu di pusat bandar raya ini sejak bangunan warisan itu selesai dibaik pulih dengan kos jutaan euro pada akhir 2011 lalu.

Buat masa ini, untuk jangka pendek polis ditempatkan di kawasan strategik bagi mencegah pejalan kaki membuang hajat mereka di sekeliling istana lama itu terutama pada waktu malam kerana persekitaran bangunan dicat warna gelap dan kurang pencahayaan.

Ramai salah faham dengan status istana itu sebagai kediaman rasmi Raja Belanda dan mengambil kesempatan untuk kencing di kawasan sunyi tetapi sebenarnya bangunan itu merupakan pejabat untuk urusan kerja rasmi oleh kerabat diraja Belanda sendiri.

Pihak berkuasa Amsterdam kemudian memasang pagar besi di sekeliling istana itu namun Kementerian Dalam Negeri minggu lalu mengkritik pagar tersebut kerana ia mencacatkan pemandangan bangunan walaupun niat asalnya bagi tujuan keselamatan kenamaan.

Ekoran bau busuk akibat air kencing terbabit, kerajaan Belanda dijangka memasang lebih banyak lampu dan alat pengesan pergerakan yang akan menghidupkan lampu automatik jika ada pelaku vandalisme cuba berdiri lama di tepi dinding istana itu untuk kencing.

Jika semua usaha tersebut masih lagi gagal, langkah terakhir ialah memasang mangkuk kencing yang hanya akan timbul di koridor istana pada waktu malam selain ‘pagar khas’ yang boleh membunyikan siren khas jika mengesan individu cuba untuk buang air kecil.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI