serangan di peranchis...pejuang IS mengaku bertanggungjawab...?



SEORANG askar Perancis berkawal di hadapan Menara Eiffel di Paris kelmarin.

KAHERAH – Kumpulan pejuang  Islamic State (IS) kelmarin  mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan yang membunuh 153 orang di Paris dengan menyatakan, pihaknya menghantar beberapa pejuang yang memakai tali pinggang berisi bom dan membawa mesingan ke pusat bandar raya itu.

Siri serangan itu yang disifatkan oleh Presiden Francois Hollande sebagai tindakan perang, dilakukan untuk menunjukkan bahawa Perancis akan berada dalam bahaya selagi ia meneruskan dasar-dasar sedia ada, kata IS dalam satu kenyataan.

“Serangan ini bagi me­ngajar Perancis dan semua negara yang mengikuti jejaknya bahawa mereka akan menjadi sasaran utama IS. Bau kematian tidak akan hilang daripada hidung mereka selagi mereka menyertai kempen tentera Salib,” kata kumpulan pejuang itu.

Mengulas serangan di Paris, Hollande berkata, serangan  itu dirancang dari luar negara oleh IS dan mendapat bantuan orang dalam.

“Berdepan dengan pe­perangan, negara ini mesti bertindak sewajarnya,” kata Hollande di Paris tanpa mengulas lanjut.

Terdahulu, IS mengedarkan semula sebuah klip video yang pertama kali disiarkan di internet setahun lalu. Ia memaparkan ugutan untuk menyerang Perancis sekiranya pengeboman terhadap pejuang-pejuangnya diteruskan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI