Kucing Ada 3 Telinga




SEEKOR kucing unik yang mempunyai tiga telinga telah ditemui oleh sebuah pusat perlindungan kucing di United Kingdom ini telah menarik perhatian masyarakat.

Pusat Feline Care telah mendapat aduan daripada kedai bersebelahan pusat itu yang menyatakan ada haiwan yang menganggu sistem penggera keselamatan kedai mereka.

Oleh yang demikian, pusat perlindungan kucing itu telah membuat siasatan terhadap perkara itu sama ada ia ada kaitan dengan haiwan peliharaan mereka atau tidak.

Hasil siasatan mendapati terdapat seekor kucing yang suka mengganggu alat penggera berkenaan dan kucing tersebut pula bukanlah daripada pusat perlindungan itu.

Apa yang lebih menarik perhatian mereka kemudian adalah, kucing yang ditangkap itu kebetulan memiliki keunikan pada bahagian cuping telinganya.

Di sebalik telinga kiri kucing itu terdapat satu lagi telinga yang membuatkan haiwan peliharaan itu tampil istimewa dan unik berbanding kucing lain.

Mereka menyifatkan kelebihan yang ada pada kucing bernama Brian itu satu tanda yang menampakkan lebih ‘kacak’ dan ‘matang.’

Pusat perlindungan itu juga menyeru pemilik kucing tersebut untuk tampil dan menuntut semula haiwan mereka itu dan sekirannya ia tidak bertuan, mereka akan carikan pemilik yang baru untuknya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI