gara gara facebook wanita ini terkantoi
5:55 PG
amerika syarikat
,
berita
,
dedah
,
facebook
,
kes bunuh
,
luar negara
,
maklumat
,
tangkap
,
wanita
Edit
HARTZAG
DELAWARE, Amerika Syarikat – Seorang wanita yang diburu polis sejak 30 tahun lalu kerana terlibat dalam kes pembunuhan akhirnya tertangkap selepas dia mendedahkan maklumat mengenai dirinya menerusi laman sosial Facebook.
Wanita itu, Sandra Hartzag, 50, dipercayai memukul seorang saudara kepada kekasihnya, Joseph Braun sehingga mati di rumah mendiang yang terletak di Wilmington, AS pada 1985.
Beberapa penyiasat kes itu mendapati Hartzag pernah mengunjungi rumah guru piano itu sekitar Julai 1985 menyebabkan dia dikaitkan dengan kes tersebut apabila sebuah kereta di rumah mendiang hilang.
Bagaimanapun, mereka gagal mengesan wanita berkenaan sehinggalah dia mendedahkan butiran dirinya menerusi Facebook baru-baru ini.
Jabatan Polis di Dalton kemudian menahannya di sebuah lokasi yang terletak di selatan sempadan Tennessee, AS pada Rabu lalu.
Lokasi itu menjadi penginapan sementaranya yang terletak kira-kira 1,100 kilometer dari rumah mendiang.
“Jika Facebook tidak wujud, dia tidak akan meringkuk di penjara hari ini. Penglibatan Facebook telah banyak menyelesaikan siasatan yang berbeza terutamanya dalam kes siasatan jenayah yang masih tidak dapat diselesaikan,” kata jurucakap polis, Bruce Frazier.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI