bukan seekor dua ajer jadi penyamun malah bapak penyamun 1 malaysia laki bini bersama UMNO tidak di cantas maka UMNO jadi sarang gerombolan penyamun wahai ADUN UMNO....!!!
Seorang pemimpin UMNO dari Kelantan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyiasat dakwaan berhubung satu keluarga yang dikatakan membolot sehingga 26 jawatan dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, siasatan perlu dilakukan segera bagi membersihkan nama baik parti, yang mana persepsi rakyat terhadap pemimpinnya telah terjejas teruk dengan tersebar luas isu itu.
"Jangan kerana seorang dua orang UMNO dan pemimpin UMNO, kami semua pula digelar penyamun," tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas.
Md. Alwi berkata demikian merujuk isu melibatkan satu keluarga politik yang dikatakan membolot 26 jawatan dalam YaPEIM dengan jumlah gaji diperolehi sebanyak RM154,700 sebulan.
Mengulas lanjut, beliau mengakui hatinya pedih, luka dan marah jika kes sedemikian benar dan dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan diambil.
"Tidak adakah pihak atasan mengambil berat isu ini? Janganlah kerana seorang dua, kami pula digelar penyamun. Persepsi ini harus dan wajib ditangani segera," tegasnya.
Dua hari lalu, sebuah badan bukan kerajaan National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) mendedahkan seorang pemimpin Wanita UMNO di Kelantan menerima gaji bulanan sebanyak RM45,500 daripada tujuh jawatan yang dipegangnya, manakala anak lelaki beliau dibayar gaji RM31,200 sebulan dan suaminya pula mendapat RM5,000 setiap bulan.
Pendedahan itu kemudian menjadi bualan negatif orang ramai terhadap UMNO dan pemimpinnya yang disamakan dengan penyamun.
##
Dialog Parti Penyamun: sewaktu dengannya UMNO...!!!
Nujum Pak Belalang - dua orang pencuri, Badan & Nyawa sedang mengagihkan harta pencurian mereka:
"1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah, hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah.. bedallah untuk kau, bedallah untuk aku, ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku........................."
Tiga Abdul - Abdul Wahab dan Abdul Wahib sedang berbincang tentang proses pembahagian harta setelah ayahanda mereka meninggal nanti:
" Haah, itu baru demokrasi.....Demokrasi apa???..... Demokrasi terpimpin....Terpimpin kepala hotak kau!!!"
Ali Baba Bujang Lapok:
"Dengar sini penyamun-penyamun semua. Malam ini kita kerja overtime!" - Chief
"Yeahhh, wooo, yeahh, haahaaa, woo...!!!" - Penyamun-penyamun
kau rompak aku punya rumah, sekali sampai licin kau kebas! Sikit-sikit sudah lah. Sekarang aku sudah jatuh miskin, papa kedana, satu sen haram pun tak ade. Sekarang aku jadi pemintak sedekah lah!" - Orang kaya
DEPA SEMUA MEMANG GEROMBOLAN PENYAMUN...TUNGGU PELUANG AJER JADI KEPALA PENYAMUN SEBIJIK NAJIB DAN ROSMAH...KAH KAH KAH
kesiannya alwi ni...nak suruh bapak segala penyamun siasat penyamun. semua ni poyooo...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI