mesin layan diri jual kereta
1:56 PTG
amerika syarikat
,
berita
,
jual
,
kereta terpakai
,
luar negara
,
macam macam
,
mesin layan diri
,
teknologi
Edit
Mesin layan diri sudah wujud sejak zaman Rom lagi dan pada zaman dahulu digunakan untuk menjual air suci di kuil dewa-dewa. Selepas beribu-ribu tahun fungsi dan benda yang boleh dijual menggunakan mesin layan diri semakin berkembang.
Di Jepun anda boleh membeli mee sup panas, komik Manga dan seluar dalam terpakai menggunakan mesin layan diri. Malahan di negara matahari terbit ini wujud juga mesin layan diri yang mampu mengambil selfie.
Di Nashville Amerika Syarikat kini wujud mesin layan diri terbesar di dunia dan ia “menjual” kenderaan terpakai. Carvana ialah sebuah laman jual beli kenderaan terpakai di Amerika Syarikat. Mereka menyedari ramai pengguna yang lebih gemar memandu pulang kenderaan yang dibeli dari mereka dari ianya dihantar ke rumah selepas pembelian atas talian. Menyedari hakikat ini mereka membina mesin layan diri “menjual” kenderaan setinggi lima tingkat. Pembeli hanya perlu datang ke mesin khas ini dan memasukkan token gergasi yang mereka perolehi selepas bayaran dilakukan. Seperti mesin layan diri sebenar kenderaan kemudian akan dibawa keluar dan boleh terus dipandu pulang.
Carvana berharap kewujudan mesin layan diri gergasi ini lebih ramai pelanggan akan memandu pulang sendiri kereta selepas pembelian. Ini bukan sahaja lebih murah kepada pelanggan (tidak perlu membayar kos menghantar kereta terus ke rumah) malahan mengurangkan kos kepada Carvana untuk menggaji pemandu. Di akhir hari Carvana dan juga pelanggan dapat menjimatkan kos masing-masing.
mohon lebih petunjuk di sini
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI