Google Maps selesaikan misteri lelaki hilang




IMEJ Google Maps menunjukkan sebuah kereta yang tenggelam dalam sebuah tasik di Michigan, AS baru-baru ini.

MICHIGAN, Amerika Syarikat (AS) – Misteri kehilangan seorang warga emas sejak sembilan tahun lalu terungkai selepas Google Maps berjaya merakam imej sebuah kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik.

Davie Lee Niles yang berusia 72 tahun dilaporkan hilang pada 11 Oktober 2006 selepas dia dilihat kali terakhir di Bar Jake di Byron.

Ketika itu, ahli keluarganya berkata, dia yang menghidap penyakit kanser telah keluar untuk menemui seorang rakannya.

Bagaimanapun, dia kemudian mening­galkan rakannya itu secara tiba-tiba, namun tidak pulang ke rumah. Mereka kemudian membuat laporan polis tetapi usaha mengesan gagal menemuinya.

Sementara itu, seorang kakitangan Google Maps, Brian Houseman berkata, dia terlihat imej kereta yang tenggelam di dalam sebuah tasik menyebabkan dia segera menghubungi pihak polis.

“Saya tidak sangka terdapat sebuah kereta yang tenggelam di tasik itu. Tidak ada sesiapa yang boleh mengesan objek itu dengan tepat memandangkan airnya agak keruh,” katanya.

Pihak polis kemudian menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sebelum mengesahkan itu adalah mayat Niles

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI