padah jadi barua negara asing...pengkalan tentera di serang taliban...15 terbunuh




ANGGOTA polis Afghanistan berkawal di kawasan yang musnah teruk akibat serangan bom di Kabul kelmarin.


KABUL – Sebanyak 15 orang terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 240 lagi cedera dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah pangkalan tentera di tengah-tengah kejiranan awam awal pagi semalam, kata pihak berkuasa Afghanistan.

Bom yang disorokkan dalam sebuah trak itu diledakkan di kawasan Shah Shahid di barat bandar ini sekitar pukul 1 pagi waktu tempatan, kata Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi kepada agensi berita dpa di tempat kejadian.

Tambahnya, serangan bom tersebut menyasarkan jumlah kematian yang besar dengan kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak serta ada juga tertimbus dalam runtuhan kediaman sendiri yang rosak atau roboh disebabkan letupan itu.

Letupan yang besar itu boleh didengari di seluruh bandar ini dengan sesetengah penduduk tempatan mendakwa turut menyebabkan tingkap mereka pecah, beberapa kilometer dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa di sini menyatakan sasaran serangan adalah unit risikan Tentera Kebangsaan Afghanistan. Seorang penduduk mendedahkan pangkalan tentera itu terletak di tengah-tengah pe­nempatan awam dalam kawasan kejiranan miskin.

Berpuluh-puluh rumah rosak dengan sebahagian bumbung runtuh, manakala kedai-kedai musnah dan cermin tingkap pecah menyebabkan lebih ramai orang awam cedera.

Beberapa buah kenderaan di tepi jalan juga rosak teruk dan sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran runtuh sepenuhnya serta menimbus sebahagian buruh binaan yang sedang tidur.

Jurucakap polis memaklumkan semua mangsa tertimbus telah diselamatkan tetapi penduduk tempatan mendakwa masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI