semua penduduk satu Kampung cuma ada satu buah pinggang

KATHMANDU – Sebahagian besar penduduk kampung Hokse di Nepal mempunyai satu ginjal sahaja. Namun keadaan unik itu bukan akibat sejenis sumpahan sihir atau hal mistik yang lain.

Para penduduk perkampungan di banjaran Himalaya ini, seperti manusia biasa yang lain, dilahirkan dengan dua ginjal, tetapi mereka teramat miskin dan dipaksa menjual satu ginjal demi menyara kehidupan.

Amalan penjualan ginjal bukan sesuatu yang luar biasa bagi penduduk kampung itu, sehinggakan Hokse digelar sebagai “Kidney Valley” atau lembah ginjal oleh masyarakat Nepal sendiri.

Seorang penjual organ dengan licik mempengaruhi penduduk kampung Hokse dengan pelbagai penipuan agar penduduk yang kebanyakannya berpendidikan rendah, mahu menyerahkan satu ginjal mereka.

Salah satu penipuan yang sering digunakan adalah bahawa manusia tidak memerlukan dua ginjal dan paling tidak masuk akal ialah ginjal boleh tumbuh semula dalam masa lama – yang turut dipercayai penduduk Hokse.

Seorang ibu bernama Geetha antara yang termakan dengan penipuan tersebut dan sanggup menjual satu ginjalnya dengan harga 200,000 rupee Nepal iaitu kira-kira hanya RM7,682.

Geetha mengaku dia terperdaya menjual ginjalnya demi memenuhi keperluan keluarga yang kian cengkam. Wang hasil penjualan ginjal itu kemudian digunakan untuk membeli tanah dan rumah.

Setelah berjaya meyakinkan penduduk kampung agar memberikan ginjal mereka dengan sejumlah wang sebagai ganti, penjual organ itu akan ajak mereka ke bahagian India Selatan untuk menjalani pembedahan.

Prosedur pembedahan standard lazimnya hanya berlangsung selama setengah jam, namun pesakit perlu tinggal di hospital berkenaan selama beberapa hari.

Hokse kini seumpama bank ginjal antarabangsa untuk dijual secara haram di pasaran gelap dengan dianggarkan 7,000 ginjal dijual di India setiap tahun.

Kadangkala, para penjual organ melakukan tindakan tidak perikemanusiaan terhadap mangsa termasuk menculik atau menipu agar penduduk bersetuju untuk ke hospital, tanpa diberitahu bahawa ginjal mereka akan diambil.

Dalam keadaan lain, ada juga beberapa penduduk kampung dibunuh untuk mendapatkan kedua-dua ginjal mereka sekali gus tanpa mangsa mendapat apa-apa bayaran pun.

Kenam Tamang, seorang mangsa penjualan ginjal haram, menceritakan: “Saya dihantar ke hospital di India dan diberitahu bahawa mereka akan mengambil salah satu ginjal saya.

‘”Mereka kata ia tidak bahaya. Saya akan terima wang dan ginjal saya konon akan tumbuh kembali. Malah saya hanya diberi AS$150 (RM588) sebagai ganti rugi untuk satu ginjal yang telah diambil.

Nasib malang penduduk kampung Hokse bukan setakat itu sahaja. Para mangsa yang ‘jual’ ginjal akan menjadi topik gosip panas di perkampungan berkenaan.

Dan akhirnya mangsa terbabit sering mengalami masalah kemurungan kronik dan kemudian menjadi kaki botol arak tegar





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI