awas....trak penunda penipu di lebuhraya

KISAH ini asalnya dikongsikan di pautan Facebook Noru Akmal, menceritakan bagaimana pengalamannya ditipu oleh pembekal khidmat trak tunda di Lebuhraya Pantai Timur Fast II (LPT2) dikenali dengan nama Zul.

Zul yang juga seorang pengusaha bengkel kereta boleh dikategorikan sebagai seorang mekanik yang handal dalam memutar belit keadaan.

Bayangkan, kereta mangsa berada di bengkel tersebut selamat tiga bulan dan masih belum siap, malah bahagian depan keretanya telah kemik berpunca daripada mekanik terbabit.

kisah ini di kongsikan semula di sini agar luahan rasa dari Noru
dapat disebarkan.



Hati-hati dengan towing yang disediakan pihak LPT. Kejadian ni berlaku akhir bulan April 2015, suami saya otw dari Terengganu ke Seremban, kemudian kereta breakdown di highway Perasing. Plus bagi nombor towing yang pakai baju hijau tu. Siap la towing smpai ke bukit goh, workshop brother towing ni jugak.



Dia cakap kat suami kereta rosak gearbox. So suami tinggalkan kereta and mintak dia baiki sebab suami rushing nak onshore. Beberapa hari sebelum flight suami, brother Zul ni call bagitahu kereta accident masa dia test.



So suami tak nak susahkan brother tu, bagi la cover note untuk cover insurans. Bila suami dah naik keje, bini dia ni la yang pegang tanggungjawab uruskan kereta yang baiki kat bengkel. Hampir 3 bulan baiki, kereta tak siap-siap.

Kalau call tanya bila siap brader ni akan marah dan kata bukan nak jaga kereta saya ni je. So saya sabar lagi….. Saya nak mintak ambil kereta susah sangat, mcm saya ni nak kereta dia. Asalnya dia bagitahu suami saya harga baiki Rm1800, kemudian dia mintak dgn saya RM4200.

So saya rasa saya dah ditipu…. Walau bukan ditipu berbilion, namun saya rasa org mcm ni harus kena tindakan. Sebelum ambil kereta, saya buat satu report polis. Saya ditemani dua orang polis masa ambik kereta. Tapi malangnya, brader ni janji pukul 11 pagi, sampai pukol 7 baru dapat kereta. Itu pun dia tinggalkan kereta saya di workshop orang lain.

Keadaan kereta saya sangat menyedihkan, dan sebenarnya dia tak baiki pun. Dalam pada menunggu kereta, saya sedar kami dperhatikan oleh gangster. Sampai sekarang kereta saya belom siap. Tapi lega sebab dihantar di bengkel yang kita kenal. Dan pomen yang baiki kereta saya cakap gearbox asal tak rosak langsung, cuma bocor sikit.

Tetapi brader zul dah ambil semua brg dalam gearbox tersebut. So, buat yang gunakan lPT2, hati-hati.. Saya bukan mangsa yang pertama, tapi apa tindakan pihak berkuasa kawasan bukit goh?

Pengalaman kami sendiri, untuk mengelakkan daripada benda-benda sebegini terjadi, anda hendaklah ingat bahawa para mekanik yang tidak dikenali ini ramai yang gemar ‘kelentong’ untuk dapat untung lebih.

Mereka akan buat kerja yang disuruh terlebih dahulu. Kemudiannya mereka reka masalah lain dan bagi cadangan untuk tukar barang kereta dengan yang baru.

Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik sekiranya kenderaan dihantar ke bengkel yang dikenali, jadi senang nak berurusan tanpa risau ditipu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI