sungai kuning akibat sisa toksik



SUNGAI Animas di Colorado yang menjadi tapak rekreasi awam kini terpaksa ditutup sementara berikutan pencemaran sisa toksik dari lombong emas.

SILVERTON, Colorado – Sungai Animas di sini yang terkenal dengan air jernih kebiruan kini telah bertukar menjadi kekuningan selepas berlaku tumpahan 3.8 juta liter sisa toksik baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, sungai berkenaan telah ditutup kepada semua aktiviti rekreasi, manakala Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat bergegas menilai tahap pencemaran dipercayai berpunca daripada sebuah palam penyumbat di Lombong Gold King yang pecah.

Pegawai penguat kuasa bagaimanapun menjelaskan bahawa bekalan air bersih untuk minuman di kawasan terbabit tidak terjejas.

EPA memaklumkan, satu kemalangan berlaku menyebabkan tumpahan sisa perlombongan melimpah ke anak Sungai Cement yang seterusnya mengalir ke Sungai Animas.

“Projek itu bertujuan menge­pam keluar dan merawat air di dalam lombong daripada pencemaran logam. Sisa berasid itu terdiri daripada logam berat dan tanah yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit,” kata pegawai EPA, Rich Mylott dalam satu kenyataan.

Pasukan di tempat kejadian masih tidak pasti berapa lama sebelum air kekuningan itu mela­rut. Kejadian pencemaran serupa sebelum ini menyebabkan aluminium, kadmium, zink, besi dan tembaga melimpah ke sungai tersebut

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI