sarkas dah....2 pengarah dipindah JPM kembali ke SPRM



Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob tidak akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat SPRM dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Zabidi Zainal di Putrajaya pagi ini.

Pemindahan Bahri dan Rohaizad diumumkan pada Jumaat, berikutan beberapa siri tangkapan polis dan soal siasat terhadap 7 pegawai SPRM berhubung dakwaan kebocoran maklumat rasmi mengenai syarikat pelabur negara sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat siapa yang membocorkan maklumat itu kepada laman web Sarawak Report dan membocorkan mengenai dokumen yang dikatakan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang diterbitkan laman itu.

Bahri secara kritikal mengecam tindakan polis terhadap anggota SPRM, termasuk serbuan di pejabat bahagian operasi khas, manakala Rohaizad menerima kunjungan sekumpulan pemimpin politik pembangkang yang pergi ke ibu pejabat SPRM minggu lepas bagi menyatakan sokongan.

Bahri sebelum ini menafikan kebocoran itu dibuat orang dalam SPRM.

Bahagian operasi khas yang diketuainya juga sedang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Berikutan bantahan banyak pihak terhadap campur tangan dalam badan anti rasuah itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu mengumumkan, polis akan menghentikan siasatannya atas SPRM berhubung dakwaan kebocoran itu buat sementara waktu.





##





Malu nya..negara kita..kata nak jadi negara maju..

Hari ni umum pertukaran ke JPM atas..mula2 kata..prosedur biasa perkhidmatan awam..lepas tu kata..ditukar sbb "disiplin"..IGP pulak kata..kes bocor maklumat..

Sebelum tu..IGP kata..SPRM disiasat atas kes bocor maklumat yg boleh menggugat keselamatan negara..bila ditanya..kenapa tergesa2..sbb "keselamatan negara"..lepas tu..tak lama pun..umum..siasatan PDRM ke atas SPRM ditangguh..eh! boleh pulak tangguh..kata "keselamatan negara"..

Sebelum tu lagi..ex AG kena pecat..kata nya..sbb "kesihatan"..lepas tu PDRM raid & investigate AG office..IGP kata..sbb kes bocor maklumat ke Sarawak Report pasal deraf waran tangkap..

Siapa tak ketawa..kalau baca al kesah ni..

Tiba masanya untuk SPRM siasat IGP, pegawai PDRM, & menteri-menteri UMNO berhubung amalan rasuah. Korek sampai ke lubang cacing.

SPRM dihina sebegini rupa. Tiba masa untuk SPRM bertindak menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membersihkan institusi-institusi kerajaan dari perosak negara yang kurang ajar ini.

Kini SPRM ada 2 tugas. Pertama adalah menyambung semula siasatan berkenaan wang derma 2billion. Keduanya SPRM perlu siasat siapakah tangan ghaib yang cuba memperbodohkan tugas SPRM


KSN perlu di siasat kerana menjadi Pak Angguk sahaja sebelum ini. Kalau setakat menjadi Pak Angguk pegawai gred 17 pun boleh buat kerja.

KSN seharusnya memberi nasihat terhadap arahan yang bertentangan dengan kepentingan jawatan dan arahan yang bersifat menyalahgunakan kuasa. KSN gagal ujian Integriti jawatan, dan juga bertindak secara ADIL. Seluruh perkhidmatan awam menerima malu dengan tindakan KSN.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI