melampau nih....lapah bangkai kambing untuk dijadikan kebab



PEKERJA restoran yang ditangkap melapah bangkai kambing untuk dijual sebagai kebab.

Jeddah: Seorang pekerja ditahan polis selepas didapati sedang melapah bangkai kambing untuk dijual sebagai kebab di sebuah restoran di sini.

Tindakan pekerja restoran itu disedari beberapa pegawai perbandaran yang sedang membuat rondaan berhampiran premis berkenaan baru-baru ini.

Pegawai itu dilaporkan curiga apabila terlihat lelaki berkenaan sedang melapah sesuatu di satu kawasan tersorok di belakang restoran. Selepas diteliti, pekerja itu dilihat mengeluarkan bangkai kambing dan mula membuang kulit dan memotong daging haiwan itu.

Pegawai berkenaan mendapati pekerja itu melapah tiga bangkai kambing sebelum bertindak menangkapnya.

Ketika disiasat, pekerja itu mengaku daging itu digunakan untuk membuat daging kebab yang dijual di restoran berkenaan.

Ujarnya, dia diarah majikannya untuk mengambil bangkai kambing yang dibuang oleh penternak untuk dijadikan hidangan.

Selepas mendengar penjelasan itu, pegawai berkenaan terus menghubungi polis untuk menangkap pekerja terbabit.

Pihak berkuasa bandar ini kemudiannya mengambil tindakan tegas dengan menutup restoran berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI