menteri kepala samseng nih tak lepas peluang peralatkan anggota RELA...taktik ugut dan rasuah pilihanraya nih menjadi jadi ,,,mana SPRM...tidor celah ketiak rosmah ke..!!!

Rela terima uniform baru jika BN menang Rompin, kata Zahid Hamidi




sekadar memori....boleh tumbuk orang sesuka hati...arr....tak de hal ugut  anggota RELA rakyat maaa...ini negara kepala samseng 1 malaysia punya maaa...!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjanjikan sepasang uniform baharu kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Rompin, Pahang sekiranya calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin memenangi kerusi Parlimen Rompin.

Zahid ketika berucap dalam program Bakti Rela, di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Rompin di sini berkata, peruntukan sejumlah RM200,000 juga akan disalurkan kepada Rela Rompin untuk membolehkan uniform baharu jabatan berkenaan diberikan kepada setiap anggota mereka.

"Ini bukan janji pilihan raya, ini ikhlas...maknanya, menangkan BN, dalam masa 60 hari, uniform itu akan diserahkan pada anak buah saya ini.


"Ini bukan janji, ini betul-betul, bukan cubaan," katanya, meniru gaya filem terkinal lakonan seniman agung tanah air, Tan Sri P Ramlee, dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.
Zahid berkata, beliau sudah pun menulis surat kepada semua ahli Parlimen untuk memberikan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada pertubuhan Rela di kawasan mereka.

"Kalau Hasan menang, beliau akan keluar dana itu untuk uniform Rela Rompin.

"Saya yakin bukan setakat RM50,000 yang beliau akan berikan, saya akan buat susulan. Saya minta sekali ganda diberikan kepada anak buah saya di Rompin, saya minta Rela Rompin diberikan RM100,000," katanya, di hadapan hampir 4,000 anggota Rela dalam program tersebut.

"Saya berjanji, depan tuan-tuan, kalau Hasan beri RM100,000 saya tambah lagi RM100,000," katanya.

PRK Rompin diadakah susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Jamaluddin Jarjis pada 4 April lalu, dalam insiden nahas helikopter terhempas di Semenyih selepas pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, di Pekan, Pahang.

Hasan akan berhadapan calon PAS, Nazri Ahmad mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam PRK Rompin.

"Bukan kita nak minta duit Hasan, salurkan sahaja peruntukan, cepat sedikit dapat uniform," kata Zahid.

"Ada syarat, bagi menang Hasan dulu," katanya






##



ada syarat    ?.....wauuuu....macam taiko maaa....masuk wa punya kawasan  kasi bikin kacau...letak lu  punya telor dalam wa punya  kawasan...lepas tu suruh wa  semua ikut lu punya cara maa,,,ada brani maaa.....seronok main sama luuu...taikooo...wa kasi ajar  sama lu..!!!

Wah manyak murahnya nilai diri RELA  punya orang maaa,...kalau dapat sepasang baju baru saja boleh beli undi! Tak rasa terhina ke?

Letak jawatan laa woi.rasuah laa namanya tuu...IGP, SPRM tidur ke,,? Ini cubaan bagi rasuah ni..kalau btul kau KERAjaan yag baik,,takpayah tunggu menang,kau bagi je..

Sbg rakyat m'sia wa  rasa sgt malu....kerana menteri boleh pancing undi dgn janji bg uniform...
Dan jika pengundi2 hanya uniform sanggup gadai masa dpn negara dan janji2 kosong drp mentri sendiri pun jerung.....

Entah apa pemikiran para pengundi rompin ?


Apa lagi benda di Malaysia ini yg tak dijadikan rasuah, sampaikan uniform RELA pun jadi modal rasuah, manusia ini klu sdh rasuah jadi darah dagingnya, apa saja yg diinginkan mesti dgn janji rasuah.






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI